18 Februari 2010

Kata-Kata Aluan Ketua Pemuda

Assalamualaikum,

Masyarakat hari ini beralih menggunakan internet sebagai media informasi utama. Tanggapan media internet sebagai media alternatif seharusnya dibuang dan diketepikan, ini terbukti apabila perangkaan menunjukkan seramai 13 juta orang melayari laman-laman Berita setiap hari seperti Utusan.com, Malaysiakini.com, Star.com, nstp.com dan lain-lain, manakala laman blog dijadikan bahan maklumat di dalam media utama.

Kita sebagai generasi muda seharusnya menguasai ruangan cyber yang tanpa batasan ini sebaiknya, ini adalah kerana, perjuangan dan maklumat yang disalurkan perlulah betul dan mempunyai hasrat untuk membanggunkan masyarakat kearah yang positif dan berjiwa Melayu dan ianya juga untuk mengimbangi pendapat pembangkan yang sering kali memperluaskan ideology tidak percayakan Kerajaan.

“Pena lebih tajam dari mata pedang”, padangan ini telah terbukti pada tahun 2008, dimana bahan bacaan di dalam ruangan media Cyber dibanjiri oleh laman pembangkang dan mereka menggunakan ianya dengan meluas dan teratur untuk menanam sindrom tidak percayakan kerajaan, apa sahaja yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak akan dianggap baik.

Kewujudan laman web dan laman berita di setiap Bahagian UMNO di Wilayah diharapkan akan menyediakan dan bahan maklumat yang benar dan berkualiti agar masyarakat Malaysia dapat membangun dengan minda dan pemikiran yang produktif.

Pembanggunan sebuah masyarakat yang bermaklumat dan berpikiran positif akan membantu Negara kita bergerak lebih maju kehadapan dengan lebih cepat dan ianya akan melahirkan masyarakat yang menerima GAGASAN 1MALAYSIA.

SEKIAN.
MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
KETUA PEMUDA BAHAGIAN SEPUTEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemuda UMNO Bahagian Seputeh

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu

INFO Pemuda UMNO Segambut

::PEMUDA UMNO PUTRAJAYA::

Perjuangan Tanpa Batasan

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA, WILAYAH PERSEKUTUAN

Laman Rasmi Pergerakan pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang